Format Pertandingan Kawad Kaki

   
Muat turun: Format Pertandingan Kawad Kaki
   
SYARAT-SYARAT AM
   
  1. Setiap Politeknik dikehendaki menghantar satu pasukan.
  2. Penyertaan pasukan mesti dianggotai oleh PISPA yang berdaftar.
  3. Jumlah anggota bagi sesebuah pasukan yang didaftarkan hendaklah terdiri daripada 18 orang peserta (termasuk seorang ketua skuad) dan 2 orang simpanan.
  4. Setiap peserta yang mengambil bahagian hendaklah mempunyai tahap kecergasan yang baik dan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan.
  5. Pakaian semasa pertandingan adalah Pakaian seragam No.4.
  6. Borang penyertaan hendaklah diserahkan semasa sesi taklimat. Sebarang pertukaran anggota yang bertanding hendaklah dilaporkan kepada Jawatankuasa Teknikal sebelum pukul 8.30 pagi pada hari pertandingan dengan mengisi borang pertukaran yang telah disediakan.
  7. Setiap pasukan yang bertanding perlu berada di tempat pertandingan 10 minit sebelum pemeriksaan pakaian dibuat.
  8. Masa pertandingan yang diperuntukan adalah 15 minit.
  9. Turutan kontinjen dibuat secara undian.
     
FORMAT PEMAKAIAN
  1. Aksesori yang wajib dipakai seperti :-
    a. Jambul oren
b. Mafla
c. Angklet
d. Sarung tangan putih
e. Sling White
f. Tali pinggang
g. Kasut kawad
h. Selempang oren (ketua platun sahaja)
  2. Pemeriksaan pakaian akan dilakukan 15 minit sebelum pasukan masuk ke padang kawad untuk pertandingan.
     
FORMAT PERTANDINGAN
  1. Masa persembahan bagi setiap pasukan adalah 15 minit untuk menghabiskan kawad kaki.
  2. Markah tidak akan diberikan sekiranya persembahan melepasi had masa yang ditetapkan.
  3. Masa persembahan akan bermula selepas Ketua Platun melapor diri kepada Ketua Pengadil.
  4. Isyarat wisel amaran akan dibunyikan :
    a. Pada minit ke 13 (sekali)
b. Masa tamat (dua kali)
  5. Keluasan kawasan pertandingan adalah 60 langkah x 20 langkah.
     
GERAK KERJA / PELAKSANAAN
  1. Segala hukuman dan pergerakan berpandukan “BUKU PANDUAN KAWAD KAKI DAN PENGENDALIAN PERBARISAN PERTAHANAN AWAM” cetakan Pertama 2013.
  2. Platun masuk ke padang kawad dalam masa cepat jalan dan berhenti di hadapan Ketua Pengadil
  3. Ketua platun melapor ( masa mula diambil kira ).
  4. Ketua perbarisan akan diberi masa 15 minit untuk menghabiskan semua pergerakan daripada masa melapor.
  5. Bahasa Hukuman (Pergerakan) kawad kaki rujuk Lampiran B.
  6. Ketua platun melapor ( selesai pertandingan ).
  7. Tiada sebarang penggantian anggota ketika pertandingan sedang dijalankan.
  8. Anggota platun tidak dibenarkan mengeluarkan suara.
     
LAMPIRAN B
 
BIL BAHASA HUKUMAN CATATAN
1. A. Sebelum masuk padang Berbaris diluar padang, berjalan masuk hukuman dari ketua platun
2. Dari kanan cepat jalan  
3. Skuad henti  
4. Skuad akan mengadap ke hadapan, ke kanan pusing  
5. Buka barisan gerak  
6. Ke kanan lurus/pandang hadapan  
7. Nombor  
8. B. Melapor Ketua platun melapor (masa mula dikira)
9. Bergerak ke kanan bertiga-tiga, Ke kanan pusing  
10. Bergerak ke kiri bertiga-tiga, Ke belakang pusing  
11. Skuad akan menghadap ke Hadapan, ke kanan pusing  
12. Empat Langkah Ke Kiri Gerak  
13. Bergerak Ke Kanan Bertiga-Tiga, Ke Kanan Pusing  
14. Dari Kiri Cepat Jalan  
15. Hormat, Hormat ke hadapan hormat  
16. Hormat, Hormat Ke Kanan Hormat  
17. Bergerak Ke Kanan Bertiga-Tiga, Ke Belakang Pusing  
18. Hentak Kaki  
19. Maju  
20. Selaku Terima Sijil, Hormat Ke Hadapan Hormat  
21. Tukar Langkah Semasa Berjalan, Tukar Langkah(Di Ulang 3 Kali)  
22. Bergerak Ke Kanan Bertiga-Tiga, Ke Belakang Pusing  
23. Tukar langkah perlahan, perlahan jalan  
24. Bergerak ke kiri bertiga-tiga, ke belakang pusing  
25. Pandang kanan  
26. Pandang depan  
27. Tukar langkah cepat, cepat jalan  
28. Bergerak ke kanan bertiga-tiga, ke belakang pusing  
29. Skuad henti  
30. Skuad akan menghadap hadapan ke kiri pusing  
31. Tutup barisan gerak  
32. Ke kanan lurus  
33. Pandang hadapan  
34. Melapor  
     
FORMAT PEMARKAHAN
 
1.  PERSEDIAAN (20 markah)
a. Pakaian lengkap 10 markah
b. Kekemasan dan Keseragaman 10 markah
2.   PERGERAKAN (65 markah)
a. Kecergasan berkawad 35 markah
b. Keseragaman 30 markah
3.  KETUA PLATUN (15 markah)
a. Kawad persendirian 4 markah
b. Bahasa hukuman 8 markah
c. Kawalan Platun 3 markah
JUMLAH    100 markah
     
KETUA PLATUN TERBAIK
  Aspek-aspek berikut diambil kira bagi pertandingan ketua platun terbaik :-
  1. Personel Drill :
    a. Gaya berkawad (angkat lutut, peha paras, hentak padat)
    b. Cara melapor
    c. Kecergasan
  2. Keterampilan :
    a. Perwatakan diri (Ciri seorang pemimpin)
    b. Pakaian
  3. Kawalan Pergerakan :
    a. Memberi arahan mengikut kedudukan skuad(pusing separuh kanan dan kiri)
    b. Kawalan Skuad (suara ”kiri,kanan,kiri”)
  4. Suara:
    Kelantangan suara semasa memberi hukuman - Harkat
    a. Bahasa hukuman (mengikut urutan,tidak salah bahasa hukuman)

Galeri Imej

Senarai Jawatankuasa

Capaian pantas kepada maklumat umum seperti berikut:

Hubungi Kami

Sebarang masalah, sila hubungi kami melalui saluran yang berikut:

Alamat: Politeknik Tuanku Sultanah
    Bahiyah
    Kulim Hi-Tech Park, 09000, Kulim
    Kedah Darul Aman
Tel/Faks: 04-4033333 | 04-4033033
Emel: malpcidac2017@ptsb.edu.my