4th MALAYSIA POLYTECHNIC CIVIL DEFENCE ANNUAL CAMP(MalPCiDAC) 2017



Kulim, 23 April 2017 – 4th Malaysia Polytechnic Civil Defence Annual Camp (MalPCiDAC) 2017 telah dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik, Kementerian Pendidikan Tinggi dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Bagi penganjuran kali ini Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah telah dipilih sebagai tuan rumah bagi majlis yang telah berlangsung pada 20 hingga 23 April 2017.

MalPCiDAC adalah merupakan acara tahunan Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA) Politeknik dimana program ini dilaksanakan bagi menghimpunkan dan melatih anggota dengan ilmu-ilmu pertahanan awam. Penerapan ilmu kecemasan dan bencana dengan disulami komponen pembentukan semangat berpasukan, kepimpinan serta ketahanan mental dan fizikal ini amat bersesuaian dengan matlamat untuk mewujudkan pasukan yang bersiap siaga dalam menghadapi bencana alam dan kecemasan.

Pada edisi penganjuran kali ini, jumlah penyertaan adalah seramai 398 pelajar dan 33 orang pensyarah daripada 18 buah Politeknik yang mempunyai anggota PISPA. Acara-acara yang dipertandingkan adalah Pertandingan Kemahiran Kawad Kaki, Pertandingan Hyper Run merangkumi acara melawan kebakaran (fire fighter), menyelamat (rescue), pertolongan cemas (medic) dan ikatan tali (rope).

Hadir merasmikan majlis adalah Yang Amat Setia Mejar Jeneral (B) Dato’ Azmy Bin Haji Yahya, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam. Turut hadir adalah Yang Berhormat Dato’ Norsabrina Mohd Noor, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Merangkap Adun Bandar Baharu dan En. Shabudin Bin Man Timbalan Ketua Pengarah Strategik, Jabatan Pendidikan Politeknik serta pengarah-pengarah Politeknik Malaysia.

Pada majlis ini juga tujuh Belas (17) orang pegawai daripada Politeknik Malaysia telah menerima Penganugerahan Watikah Lantikan sebagai Pegawai Bersekutu, APM. Semoga dengan pentauliahan ini akan dapat meningkatkan lagi imej Politeknik Malaysia dan APM melalui kepakaran dalam bidang masing-masing.

Tahniah buat Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) yang telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan bagi edisi kali ini. Jumpa lagi di dalam 5th MalPCiDAC 2018 di Politeknik Kota Bharu, Kelantan.

Pasukan Institusi Pertahanan Awam(PISPA)

PASUKAN INSTITUSI PERTAHANAN AWAM (PISPA) Politeknik Malaysia merupakan salah satu cabang kemahiran insaniah beruniform berkredit yang terdapat di dalam sistem politeknik Malaysia. PISPA Politeknik Malaysia telah ditubuhkan di 21 buah politeknik seluruh Malaysia dengan kekuatan anggota sebanyak satu atau dua platun bagi setiap politeknik. PISPA merupakan antara wadah terbaik dalam memupuk semangat kesukarelawan dalam diri para pelajar politeknik, sejajar dengan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kesinambungan dari penubuhan PISPA di politeknik, MalPCiDAC 2017 dilaksanakan bagi menghimpun dan melatih serta memberi pendedahan awal kepada bakal-bakal ketua platun PISPA agar dapat membentuk sebuah organisasi PISPA yang mantap pada masa akan datang. Di mana ilmu pertahanan awam ini tidak terhenti di peringkat pengajian politeknik sahaja, malah ianya juga akan menjadi nilai tambah kepada graduan politeknik sebagai modal insan yang mampu berjasa kepada bangsa dan negara.

Objektif MalPCiDAC 2017

   
Memberi panduan dan kefahaman kepada pelajar dan pengurusan PISPA Politeknik Malaysia secara tahunan berkaitan tatacara mengurus tadbir aktiviti dan latihan JPAM mengikut silibus yang telah ditetapkan
Mengukuhkan jalinan dan hubungan baik PISPA Politeknik Malaysia dengan JPAM
Menyediakan satu pasukan PISPA Politeknik yang bersedia, bersemangat dan bersatu dalam pasukan
Membina perpaduan dan menjalin ukhwah yang erat di kalangan pelajar, pegawai PISPA Politeknik Malaysia

Galeri Gambar

Senarai Jawatankuasa

Capaian pantas kepada maklumat umum seperti berikut:

Hubungi Kami

Sebarang masalah, sila hubungi kami melalui saluran yang berikut:

Alamat: Politeknik Tuanku Sultanah
    Bahiyah
    Kulim Hi-Tech Park, 09000, Kulim
    Kedah Darul Aman
Tel/Faks: 04-4033333 | 04-4033033
Emel: malpcidac2017@ptsb.edu.my